- Iklan -
Berita

Kes baru Covid meningkat, kematian menurun minggu lalu

Jumlah kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak 38.1% iaitu 13 kes berbanding 21 kes pada minggu sebelumnya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai sudah mula menjalankan aktiviti seharian ibu negara seperti biasa selepas negara beralih ke fasa endemik sejak 1 April lalu.
Orang ramai sudah mula menjalankan aktiviti seharian ibu negara seperti biasa selepas negara beralih ke fasa endemik sejak 1 April lalu.

Kes baru harian Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan kenaikan sebanyak 10.9% iaitu 15,739 pada minggu epidemiologi (ME) ke-25 dari 19 hingga 25 Jun berbanding 14,195 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun bilangan kes kematian menunjukkan penurunan kepada 38.1% iaitu 13 kes berbanding 21 kes pada minggu sebelumnya.

”Bilangan kes sembuh pada ME ke-25 pula meningkat sebanyak 33.8% iaitu 10,524 kes kepada 14,078 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, Dr Noor Hisham berkata jumlah kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 11% pada ME ke-25 berbanding minggu sebelumnya.

Jumlah kemasukan pesakit ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 28%, dengan pesakit kategori 1 dan 2 meningkat 14% manakala pesakit kategori 3, 4, dan 5 meningkat 45%, katanya.

Katanya bagi trend kes aktif harian yang dipantau secara maya (CAC Maya), terdapat peningkatan sebanyak 27.1% pada akhir ME ke-25 berbanding pada akhir ME ke-24 iaitu dari 27,247 kes kepada 34,639 kes.

Dr Noor Hisham berkata purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 1.9% pada ME ke-25 berbanding ME ke-24.

Sehingga kini, katanya terdapat lapan kluster Covid-19 yang masih aktif dan dipantau di negara ini.