- Iklan -
Berita

Tiada kenaikan kadar tarif elektrik, kata PM

Kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi sebanyak RM5.8 bilion.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kerajaan mengumumkan kadar tarif elektrik tidak akan dinaikkan bagi pengguna semenanjung Malaysia. Gambar: Bernama
Kerajaan mengumumkan kadar tarif elektrik tidak akan dinaikkan bagi pengguna semenanjung Malaysia. Gambar: Bernama

Kerajaan mengumumkan tiada kenaikan kadar tarif elektrik dan air bagi pengguna di semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

“Pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.

“Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di semenanjung.

“Pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Dalam pada itu, Ismail turut berkata harga ayam tidak akan diapungkan walaupun pada awal bulan ini kerajaan mengumumkan harga siling komoditi tersebut akan dimansuhkan.

Beliau berkata harga siling baru bagi komoditi ayam akan diumumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam masa terdekat.

“Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup.”