Monday, July 4, 2022

Kes harian lepasi 2,700 jangkitan, 1 lagi terkorban

27,318 kes aktif direkodkan dengan 96.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

2,796 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,549,847 kes.

Sebanyak 2,503 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,486,787.

Ketika ini, 27,318 kes aktif direkodkan, dengan 26,253 atau 96.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 18 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,009 (3.7%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 38 kes dan 21 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 62.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 8.7%.

Satu kes kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,742 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles