Monday, July 4, 2022

Kes harian lepasi 2,400 jangkitan, 4 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 59% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.9%.

Other News

2,425 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,547,051 kes.

Sebanyak 1,550 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,484,284.

Ketika ini, 27,026 kes aktif direkodkan, dengan 25,972 atau 96.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 4 (0.0%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,020 (3.8%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 30 kes dan 16 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 59% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.9%.

Empat kes kematian termasuk satu kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,741 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles