Saturday, July 2, 2022

Gempa bumi di Afghanistan ragut lebih 1,000 nyawa

Jumlah mangsa yang cedera akibat gempa bumi di Paktika itu juga hampir mencecah 1,600 orang.

Other News

Angka korban akibat gempa bumi di Afghanistan meningkat kepada 1,000 orang, manakala lebih 1,500 yang lain cedera, lapor Agensi Anadolu pada Rabu.

“Lebih 1000 terbunuh dan lebih 1,500 lagi cedera di wilayah Paktika setakat ini,” kata ketua jabatan penerangan dan kebudayaan wilayah itu.

Jumlah kematian dijangka terus meningkat berikutan berpuluh-puluh rakyat kini berada dalam keadaan kritikal dan operasi menyelamat masih diteruskan di daerah Gayan dan Barmal di wilayah itu, katanya.

Sekurang-kurangnya 29 terbunuh dan 95 lagi cedera di wilayah Khost, menjadikan jumlah korban setakat ini mencecah 1,029 dan 1,595 lagi cedera.

Paktika dan Khost menjadi wilayah paling teruk terjejas dengan ratusan kediaman musnah akibat gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan berkenaan pada malam Selasa.

“Banyak rumah musnah, dan ramai terperangkap di bawah runtuhan.

“Pasukan bantuan dari Kabul telah tiba dan operasi menyelamat sedang dijalankan. Semua agensi yang berkaitan harus menyalurkan bantuan ke Paktika,” kata jurucakap polis di Kabul, Khalid Zadran menerusi ciapan di Twitter.

Pegawai Taliban juga telah meminta bantuan disegerakan di kawasan yang dilanda gempa bumi.

Video dan gambar yang tular di media sosial memaparkan banyak kediaman musnah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles