Monday, July 4, 2022

Kes harian turun bawah 2,000 jangkitan, 2 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 62.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.7%.

Other News

1,921 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,544,626 kes.

Sebanyak 1,716 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,482,734.

Ketika ini, 25,155 kes aktif direkodkan, dengan 25,059 atau 95.8% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 15 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,052 (4%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 29 kes dan 20 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 62.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.7%.

Dua kes kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,737 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles