Monday, July 4, 2022

Kes harian lepasi 2,000 sekali lagi, 3 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.3%

Other News

2,093 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,542,705 kes.

Sebanyak 2,082 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,481,018.

Ketika ini, 25,952 kes aktif direkodkan, dengan 24,929 atau 96.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 15 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 985 (3.8%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 23 kes dan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.3%.

Tiga kes kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,735 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles