Monday, July 4, 2022

Elok urus masalah sendiri, Muhyiddin beritahu Najib

Muhyiddin membidas Najib yang mempertikaikan kenyataan beliau yang menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang dari Ultra Kirana pada 2018.

Other News

Bekas menteri dalam negeri Muhyiddin Yassin hari ini menempelak kenyataan bekas perdana menteri Najib Razak yang mempertikai penafiannya terhadap dakwaan menerima rasuah sebanyak RM1.3 juta pada 2018. 

Ini susulan hantaran di Facebook Najib yang dilihat mempersendakan kenyataan Muhyiddin tidak menerima sogokan kerana menjalani rawatan kanser. 

“Dia bukan hakim. Elok dia manage dia punya problem (masalah),” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin berkata, kenyataan sudah dikeluarkan terhadap dakwaan tersebut dan tidak perlu mengulas lebih lanjut mengenainya. 

“Saya kata waktu itu saya tidak ada di sini.

“Jadi, saya minta tak perlu dibahas lagi.” 

Sejurus selepas media melaporkan tentang dakwaan tersebut, Muhyiddin memberi kenyataan menafikan beliau menerima rasuah kerana sedang menjalani rawatan akibat penyakit kanser. 

Menurut keterangan pengurus pentadbiran UKSB David Tan di mahkamah dalam perbicaraan rasuah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 18 Jun lalu, sejumlah wang tersebut dipindahkan kepada Muhyiddin secara tunai dalam tiga transaksi yang ditandakan pada 4 Jun, 4 Julai dan 23 Ogos 2018. 

Transaksi itu disebut ketika Tan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah terhadap Zahid membabitkan sistem visa luar negara (VLN). 

Ketika ditanya mengenai kenyataan bekas pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu tidak pernah menerima sumbangan sebanyak RM1.3 juta seperti yang didakwa, Muhyiddin meminta mana-mana pihak supaya tidak membuat andaian sendiri. 

“Seolah saya terima (wang tersebut) dan parti tak terima.” 

Beliau sekali lagi menegaskan bersedia untuk disiasat pihak berkuasa mengenai dakwaan tersebut. 

Selain Muhyiddin antara ahli politik lain yang disebut-sebut sepanjang prosiding itu ialah Khairy Jamaluddin, Reezal Merican Naina Merican, Hishammuddin Hussein, Mohd Shafie Apdal dan Anifah Aman.

Sehingga kini, hanya Muhyiddin, Anifah dan Khairy yang sudah menafikan menerima dana tersebut.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles