Monday, July 4, 2022

KPM akan kenal pasti punca hampir 25,000 calon tidak duduki SPM 2021

Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata Beliau majoriti calon yang tidak menduduki peperiksaan itu adalah calon persendirian.

Other News

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan “post-mortem” bagi mengenal pasti punca sejumlah 24,941 calon berdaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 tetapi tidak menduduki peperiksaan itu, kata Menteri Kanan Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata majoriti calon yang tidak menduduki peperiksaan itu adalah calon SPM persendirian.

“Kita (KPM) sedang menganalisis data dan akan meneliti trend tahun-tahun sebelum ini. Jika ada peningkatan, kita akan ambil pendekatan untuk elak berulang di masa akan datang.

“Punca perlu dikenal pasti memandangkan kohort SPM 2021 adalah paling terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 18 (1) sempena pengumuman keputusan SPM hari ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Nor Zamani Abdol Hamid dalam sidang media mengenai keputusan SPM 2021 hari ini berkata terdapat 24,941 calon SPM 2021 tidak menduduki peperiksaan itu daripada 407,097 calon yang berdaftar.

Ditanya faktor yang mendorong seseorang pelajar tidak menduduki SPM, Radzi berkata ada antara pelajar terbabit menghadapi masalah peribadi, masalah keluarga dan masalah kewangan.

Radzi berkata pihaknya sentiasa mendekati pelajar dan keluarga yang dikenal pasti mempunyai masalah sehingga menyebabkan pembelajaran terganggu dan tidak dapat meneruskan pengajian atau tidak menduduki peperiksaan khususnya SPM.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles