Monday, July 4, 2022

Kebanyakan kes cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

Kes cacar monyet di negara itu sudah melepasi angka 500.

Other News

Angka jangkitan cacar monyet atau monkeypox di Britain melebihi 500 kes pada Rabu, lapor Xinhua, berdasarkan angka rasmi terkini.

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memaklumkan pihaknya mengesan 52 lagi kes di England dan masing-masing satu di Scotland dan di Wales – meningkatkan jumlah kes yang disahkan di Britain kepada 524 setakat Selasa.

Terdapat 504 kes yang disahkan di England, 13 di Scotland, dua di Ireland Utara, dan lima di Wales.

“Sesiapa sahaja boleh dijangkiti, terutamanya jika anda mempunyai hubungan rapat, termasuk hubungan seksual, dengan individu yang mempunyai simptom. Pada masa ini, kebanyakan kes berlaku pada lelaki gay, biseksual, atau melakukan hubungan seks dengan lelaki,” menurut UKHSA.

Profesor Epidemiologi Penyakit Berjangkit di London School of Hygiene and Tropical Medicine David Heymann berkata: “Adalah penting untuk tidak membuat kesimpulan atau meletakkan stigma kepada kumpulan atau individu tertentu.”

“Meskipun risiko keseluruhan kelihatan kecil, semua orang harus terus berwaspada kerana agensi kesihatan awam berusaha untuk membendung wabak itu kerana cacar monyet berpotensi untuk menjejaskan sesiapa sahaja yang menjadi kontak rapat kepada individu yang dijangkiti,” kata Heymann.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles