Wednesday, June 29, 2022

‘Jangan sampai Johor keluar Malaysia’, Sultan Ibrahim beri amaran kepada Putrajaya

Sultan Johor menggesa janji kerajaan persekutuan ditunaikan selain kecewa dengan keputusan kerajaan berhubung tuntutan Batu Puteh.

Other News

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memberi amaran negeri Johor boleh memilih untuk keluar Malaysia jika kerajaan persekutuan gagal menunaikan janji kepada kerajaan negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam ucapannya pada Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 hari ini, Sultan Ibrahim berkata Johor seolah-olah “dianaktirikan” kerajaan persekutuan, menggesa supaya janji kerajaan ditunaikan segera.

“Jangan sampai rakyat Johor mendesak untuk keluar dari Malaysia,” sambil menambah Johor mungkin akan lebih maju jika berdiri di atas kaki sendiri.

Selain itu, Sultan Ibrahim turut menyelar keputusan kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 yang tidak bertindak membatalkan permohonan rayuan tuntutan Batu Puteh daripada jatuh ke tangan Singapura.

“Kerajaan Johor juga langsung tidak dirujuk, sedangkan keputusan itu melibatkan tanah dan kedaulatan Johor.”

Baginda turut mendesak supaya kerajaan persekutuan memberi peruntukan yang lebih banyak kepada negeri di mana ia dilihat tidak adil dibandingkan sumbangan Johor sebanyak RM13 bilion setahun kepada persekutuan.

Katanya kemudahan kerajaan dan perkhidmatan dalam negeri itu juga tidak diselenggara dengan baik, antaranya Hospital Sultanah Aminah dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar di Johor Bahru.

Katanya, janji kerajaan untuk menaik taraf Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Senai-Desaru juga turut tidak dijalankan.

“Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktirikan, walhal Johor adalah antara penyumbang utama ekonomi negara.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles