Saturday, July 2, 2022

Hakim tarik diri dengar permohonan peguam UK wakili Najib

Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata beliau pernah aktif dengan Umno selain keluarga terdekatnya merupakan ketua bahagian parti itu.

Other News

Hakim Mahkamah Tinggi hari ini menarik diri daripada mendengar permohonan peguam diraja United Kingdom Jonathan Laidlaw untuk mewakili Najib Razak dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan kes penyelewengan dana RM42 juta berkait SRC International Sdn Bhd.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam keputusan ringkasnya berkata beliau memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut kerana salah seorang ahli keluarga terdekatnya adalah ahli politik yang aktif dan merupakan ketua bahagian dalam parti politik yang sama dengan Najib.

Wan Ahmad Farid yang turut pernah menjadi ahli politik Umno, menambah walaupun beliau sudah meletakkan jawatannya dalam parti, beliau berpendirian kebebasan badan kehakiman tidak boleh diragukan dalam persepsi orang ramai.

“Umum mengetahui bahawa sebelum dilantik menduki jawatan hakim, saya adalah ahli politik yang aktif dan pernah menjadi ahli pentadbiran (kerajaan) dan Dewan Negara.

“Saya juga perlu menambah di sini, selepas mengangkat sumpah sebagai anggota badan kehakiman, satu-satunya tugas saya ialah memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” kata hakim itu.

MENYUSUL LAGI

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles