Monday, July 4, 2022

Menteri minta rakyat Pakistan kurangkan minum teh

Pakistan cuba mengurangkan bil importnya untuk menjimatkan pertukaran asing ketika mata wang rupee jatuh berbanding dolar AS.

Other News

Menteri Perancangan Pakistan, Ahsan Iqbal meminta orang ramai mengurangkan pengambilan air teh bagi menjimatkan pertukaran wang asing.

Menteri itu mencadangkan supaya orang ramai mengurangkan pengambilan teh setiap hari sebanyak satu atau dua cawan.

“Saya merayu kepada negara untuk mengurangkan penggunaan teh… kerana kami mengimport teh itu selepas meminjam wang,” katanya di Islamabad pada Selasa.

Di media sosial rakyat Pakistan meluahkan rasa tidak percaya terhadap cadangan itu yang disifatkan akan menjejaskan budaya minum teh yang popular dalam kalangan penduduk.

Pakistan merupakan antara pengimport teh terkemuka dunia, dengan nilai import sepanjang tahun fiskal Julai 2020-Jun 2021 ialah AS$580.5 juta.

Dari segi kuantiti, import teh meningkat kira-kira 16% kepada 258,491 tan untuk tempoh 12 bulan.

Pakistan cuba mengurangkan bil importnya untuk menjimatkan pertukaran asing di tengah-tengah kejatuhan rupee berbanding dolar AS.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles