Saturday, July 2, 2022

Kes baru turun bawah 2,000, 4 lagi terkorban

22,961 kes aktif direkodkan dengan 95.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

1,922 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,530,312 kes.

Sebanyak 1,564 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,471,631.

Ketika ini, 22,961 kes aktif direkodkan, dengan 21,921 atau 95.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 16 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 992 (4.3%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 32 kes dan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 62.2% dengan kes Covid-19 merangkumi 7.3%.

Empat kes kematian termasuk satu kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,720 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles