- Iklan -
Berita

Tokoh pembangunan UiTM Arshad Ayub meninggal dunia

Beliau merupakan ahli akademik terkemuka dan pernah memegang beberapa jawatan dalam kerajaan termasuk berkhidmat sebagai timbalan gabenor Bank Negara.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Tokoh pembangunan Universiti Teknologi Mara Arshad Ayub. Gambar: Bernama
Tokoh pembangunan Universiti Teknologi Mara Arshad Ayub. Gambar: Bernama

Tokoh pembangunan UiTM Arshad Ayub meninggal dunia pagi ini pada usia 93 tahun.

Dalam sebuah kenyataan, keluarga beliau mengesahkan kematiannya pada pukul 2.06 pagi tadi.

Arshad lahir di Muar, Johor pada 15 November 1928. Beliau merupakan pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaysia dan pro canselor UiTM.

Selain itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan dalam kerajaan termasuk sebagai timbalan gabenor Bank Negara Malaysia di bawah pimpinan Ismail Mohd Ali dari 1975 hingga 1977.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai ketua setiausaha Kementerian Pertanian.

Arshad dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) ekoran beberapa masalah kesihatan pada 7 Jun lalu.