Saturday, July 2, 2022

Kes baru Covid-19 meningkat 0.4% minggu lalu

Sementara itu, purata kes aktif setiap hari bagi ME ke-23 menurun sebanyak 5.5% iaitu 22,013 kes berbanding minggu sebelumnya.

Other News

Bilangan kes baru Covid-19 di negara ini bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-23 dari 5 hingga 11 Jun meningkat sebanyak 0.4 peratus iaitu 11,096 kes berbanding 11,052 kes pada minggu sebelumnya (ME ke-22).

Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 4,524,727 kes.

Beliau berkata purata kes aktif setiap hari bagi ME ke-23 pula menurun sebanyak 5.5% iaitu 22,013 kes berbanding minggu sebelumnya.

“Purata kadar kebolehjangkitan Covid-19 (nilai Rt) pula menunjukkan peningkatan sebanyak 5.5% iaitu 0.96 berbanding 0.91 pada minggu sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau bilangan kes sembuh pada ME ke-23 menurun sebanyak 21.7% (13,797 kes kepada 10,806 kes) berbanding ME ke-22, menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 4,466,305.

Noor Hisham berkata kes kematian pada ME ke-23 juga menunjukkan penurunan kepada 3.8 peratus, dengan 25 kes berbanding 26 kes pada minggu sebelumnya menjadikan kumulatif kematian kini 35,711.

Sementara itu, beliau berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 10% untuk ME sama berbanding ME sebelumnya.

“Namun begitu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 20%. Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan pula menurun sebanyak 20%.

“Secara keseluruhan, penggunaan katil PKRC meningkat sebanyak 200% dan penggunaan katil bukan kritikal juga meningkat sebanyak lapan peratus manakala penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) menurun sebanyak 17%,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata kes-kes positif Covid-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara semakin menunjukkan pengurangan dengan kedatangan pesakit ke CAC berkurangan sebanyak 8.7% dan bilangan kes COVID-19 baru yang menjalani pemantauan di rumah juga menurun sebanyak 0.5%.

Bilangan kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital pula meningkat sebanyak 51.9%, katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles