- Iklan -
Berita

Hukuman mati masih wujud, pemansuhan hanya hukuman mandatori, kata menteri

Menurut Wan Junaidi pemansuhan itu hanya melibatkan hukuman mati tanpa sebarang pengecualian kerana hakim tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Gambar: Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Gambar: Bernama

Hukuman mati masih wujud dalam perundangan Malaysia walaupun kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori pada 8 Jun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dan digantikan dengan hukuman gantian yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

“Sekarang secara prinsipnya kerajaan bersetuju pada 8 Jun bila jemaah menteri bersetuju, maknanya secara prinsipnya kerajaan tidak akan melaksanakan hukuman mati mandatori tetapi di mahkamah sana masih (ada).

“Undang-undang itu ‘governed by existing law’ (undang-undang sedia ada yang belum dipinda),” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata hukuman mati mandatori merujuk kepada peruntukan-peruntukan kesalahan jenayah iaitu tertuduh yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati tanpa sebarang pengecualian kerana hakim tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh apabila disabit dengan kesalahan contohnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MENYUSUL LAGI