Saturday, July 2, 2022

Kes harian menurun ke paras 1,700, 2 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 59% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.3%.

Other News

1,709 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,524,727 kes.

Sebanyak 1,746 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,466,304.

Ketika ini, 22,712 kes aktif direkodkan, dengan 21,707 atau 95.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 25 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 956 (4.2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 24 kes dan 14 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 59% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.3%.

Dua kes kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,711 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles