- Iklan -
Berita

Kes harian meningkat lepasi 2,100, 1 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 59.2% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.3%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih mengenakan pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 walaupun sudah tiada penjarakan fizikal selepas negara beralih ke fasa endemik.
Orang ramai masih mengenakan pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 walaupun sudah tiada penjarakan fizikal selepas negara beralih ke fasa endemik.

2,166 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,523,018 kes.

Sebanyak 1,488 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,464,558.

Ketika ini, 22,751 kes aktif direkodkan, dengan 21,764 atau 95.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 27 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 936 (4.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 24 kes dan 13 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 59.2% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.3%.

Satu kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,709 orang.