Monday, July 4, 2022

Kes baru lepasi 1,500 jangkitan, 6 lagi terkorban

21,589 kes aktif direkodkan dengan 95.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

1,518 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,518,965 kes.

Sebanyak 1,125 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,461,671.

Ketika ini, 21,589 kes aktif direkodkan, dengan 20,599 atau 95.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 23 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 941 (4.4%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 26 kes dan 14 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 59% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.8%.

Enam lagi korban termasuk tiga kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,705 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles