Saturday, July 2, 2022

BN Selangor pecat orang kuat Najib sebagai ketua penerangan

Isham Jalil dipecat sebagai ketua penerangan BN Selangor berkuat kuasa 3 Jun.

Other News

Barisan Nasional (BN) Selangor memecat Isham Jalil sebagai ketua penerangannya di negeri itu berkuat kuasa 3 Jun.

Surat pemakluman yang ditandatangani Setiausaha BN Selangor Mohamed Satim berkata, keputusan itu dibuat merujuk Fasal 23 Perlembagaan BN yang tidak memperuntukkan jawatan ketua penerangan dalam BN negeri.

Isham merupakan orang kuat bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia menerima keputusan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dengannya ketika berkhidmat sebagai ketua penerangan BN Selangor.

“Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri.

“Saya akan bantu sebaik mungkin dengan apa yang termampu walaupun tanpa apa-apa jawatan, dan berjuang sebagai ahli biasa seperti sebelum ini,” katanya.

Isham dilantik sebagai ketua penerangan BN pada Mei 2020.

Bekas pegawai khas Najib itu juga turut dilihat lantang dalam mempertahankan bekas perdana menteri itu berhubung pertuduhan mahkamahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles