- Iklan -
Berita

New York naikkan had umur beli senjata separa automatik kepada 21 tahun

New York menjadi antara negeri pertama menggubal undang-undang terhadap kawalan senjata api di Amerika Syarikat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Undang-undang menaikkan had umur pemilik senjata api itu digubal susulan insiden tembakan, di Texas yang menyebabkan 19 kanak-kanak terkorban. Gambar: Pexels
Undang-undang menaikkan had umur pemilik senjata api itu digubal susulan insiden tembakan, di Texas yang menyebabkan 19 kanak-kanak terkorban. Gambar: Pexels

Had umur untuk membeli senjata separa automatik di New York dinaikkan daripada 18 kepada 21 tahun pada Isnin susulan tragedi pembunuhan beramai-ramai baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu.

“Hanya tindakan tegas akan menyelesaikan masalah ini,” kata Gabenor New York, Kathy Hochul, ketika menandatangani rang undang-undang itu.

Di bawah undang-undang baru itu, mereka di bawah umur 21 tahun tidak lagi dibenarkan membeli senjata api separa automatik, menjadikan New York antara negeri pertama menggubal undang-undang terhadap kawalan senjata api di Amerika Syarikat (AS).

Dua kejadian tembakan terbaru melibatkan individu bersenjata di bawah umur 21 tahun.

Seorang lelaki berusia 18 tahun mengamuk di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas, sehingga mengorbankan 19 pelajar dan dua guru.

Sementara itu, satu lagi tragedi berdarah membabitkan seorang lelaki berusia 18 tahun menembak mati 10 orang di pasar raya Tops di Buffalo, New York.

Selain itu, semua senjata api yang baru perlu mempunyai microstamping,

New York juga sedang menyemak semula undang-undang berkaitan “red flag” yang membenarkan mahkamah menyimpan sementara senjata api individu yang menjadi ancaman terhadap diri sendiri mahupun orang lain.

“Di New York, kami mengambil tindakan berani dan tegas. Kami mengetatkan undang-undang “red flag” untuk menjauhkan senjata daripada individu berbahaya,” kata Hochul.