Saturday, July 2, 2022

Kes baru lepasi 1,300 jangkitan, 2 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.7%.

Other News

1,358 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,514,989 kes.

Sebanyak 1,620 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,457,118.

Ketika ini, 22,183 kes aktif direkodkan, dengan 21,232 atau 95.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 21 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 904 (4.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 26 kes dan 12 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.7%.

Dua lagi korban termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,688 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles