Saturday, July 2, 2022

WHO beri amaran wabak cacar monyet mungkin tidak dapat dibendung

WHO berkata potensi penularan virus itu adalah tinggi namun tidak memerlukan langkah pencegahan yang sama seperti Covid-19.

Other News

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak yakin penularan virus cacar monyet dapat dibendung sepenuhnya pada ketika ini, kata Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge pada Selasa.

“Kami tidak pasti sama ada kami dapat membendung penularan wabak itu sepenuhnya.

“Oleh itu, perlu dipastikan bahawa kontak rapat perlu dikurangkan, tindakan berkesan dalam kalangan komuniti, pengasingan kes ketika tempoh penularan, pemantauan dan pengesanan kontak rapat.

“Setakat ini, cacar monyet tidak memerlukan langkah pencegahan sama seperti pandemik Covid-19 kerana virus itu tidak merebak melalui cara yang sama.

“Bagaimanapun, potensi penularan virus itu adalah tinggi,” kata Kluge dalam satu kenyataan.

Beratus-ratus kes cacar monyet telah direkodkan di Eropah, Australia, dan Amerika Syarikat.

Pegawai perubatan masih belum mengenal pasti cara jangkitan itu merebak memandangkan wabak itu adalah endemik di negara-negara Afrika dan majoriti yang dijangkiti tidak mempunyai sebarang hubungan dengan rakyat Afrika mahupun pergi ke sana, lapor Sputnik.

Menurut WHO, majoriti kes direkodkan adalah dalam kalangan gay dan biseksual.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles