- Iklan -
Berita

PT3 akan dimansuhkan tahun ini

Ia merupakan pemansuhan peperiksaan utama selepas UPSR dimansuhkan tahun lalu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelajar Tingkatan Tiga tidak lagi perlu menduduki Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) bermula tahun ini.
Pelajar Tingkatan Tiga tidak lagi perlu menduduki Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) bermula tahun ini.

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan dimansuhkan bermula tahun 2022, satu lagi peperiksaan utama selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan tahun lalu.

Sehubungan itu, Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata kementeriaannya akan memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi menggantikan PT3.

Menurut Radzi, melalui PBS, tiga kaedah pentaksiran akan digunakan termasuk pentaksiran bilik darjah (PBD), pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Melalui PBD, pentaksiran berterusan (formatif) akan dilaksanakan sementara bagi pentaksiran sumatif akan melibatkan lima mata pelajaran di sekolah rendah dan semua mata pelajaran di peringkat menengah rendah.

Ia akan ditaksir mengikut tahun/tingkatan, penyediaan bank soalan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), penjanaan set soalan oleh guru dan pelaksanaan yang fleksibel.

PPsi pula akan dilaksanakan untuk murid Tahun Empat dan Lima sekolah rendah dan Tingkatan Dua.