Saturday, July 2, 2022

Kes baru di paras 1,800, 2 lagi terkorban

23,048 kes aktif direkodkan, dengan 95.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

1,809 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,508,319 kes.

Sebanyak 1,911 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,449,593.

Ketika ini, 23,048 kes aktif direkodkan, dengan 22,052 atau 95.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 25 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 945 (4.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 26 kes dan 16 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.6%.

DUa lagi korban termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,678 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles