Saturday, July 2, 2022

Keputusan saman fitnah memihak kepada Johnny Depp, Amber Heard terluka

Juri perbicaraan yang mengambil masa enam minggu itu memihak kepada aktor Hollywood itu bagi ketiga-tiga pertuduhan ke atas bekas isterinya.

Other News

Johnny Depp berkata pada Rabu bahawa juri perbicaraan saman fitnah terhadap isterinya, Amber Heard telah “memberi nyawa kepada hidup saya semula” dengan berpihak kepadanya berhubung dakwaan mengenai penderaan rumah tangga.

Juri, selepas perbicaraan selama enam minggu, mahkamah mendapati Depp dan Heard telah saling melakukan fitnah, namun lebih memihak kepada bintang “Pirates of the Caribbean” itu.

Depp yang berusia 58 tahun, kalah dalam kes saman fitnah terhadap tabloid The Sun di London pada 2020 kerana menggelar beliau sebagai seorang “pemukul isteri,”, namun  kini meraikan keputusan juri kes dan menyifatkannya sebagai kemenangan sementara Heard berkata beliau “patah hati.”

Juri terdiri lima lelaki dan dua wanita mencapai kesepakatan selepas melakukan perbincangan selama tiga hari, sebulat suara mendapati Heard bertanggungjawab atas ketiga-tiga pertuduhan fitnah terhadap Depp dan memberikannya ganti rugi pampasan AS$10 juta dan ganti rugi punitif AS$5 juta.

Undang-undang Virginia menghadkan ganti rugi punitif sebanyak AS$350,000 di mana jumlah keseluruhan diterima Depp ialah sebanyak AS$10.35 juta.

Heard yang berusia 36 tahun menang hanya satu daripada tiga tuntutan balas yang dibuatnya terhadap Depp dan juri turut memberikan ganti rugi pampasannya – namun jumlah yang diterimanya jauh lebih rendah iaitu sebanyak AS$2 juta.

Heard yang kelihatan muram, tunduk mendengar dengan tenang ketika keputusan dibacakan di Mahkamah Fairfax County berhampiran ibu negara AS.

“Kekecewaan yang saya rasa hari ini tak dapat digambarkan,” katanya dalam satu kenyataan. 

“Saya sedih kerana banyak bukti yang dikemukakan masih tidak cukup untuk menentang kuasa dan pengaruh bekas suami saya.

“Saya lebih kecewa memikirkan kesan keputusan ini terhadap wanita lain,” katanya. 

“Ia adalah satu hal yang mundur ke belakang semula. kembali ke waktu yang apabila seorang wanita bersuara, dia boleh dimalukan dan dihina secara terbuka.

“Ia seolah-olah mengenepikan idea bahawa keganasan terhadap wanita perlu dipandang serius.”

Sepanjang perbicaraan, puluhan saksi dipanggil memberi keterangan termasuk pengawal keselamatan, eksekutif Hollywood, ejen, pakar industri hiburan, doktor, teman rapat dan keluarga.

Perbicaraan yang disiarkan secara langsung itu menarik perhatian peminat Depp di mana mereka turut menjalankan kempen #JusticeForJohnnyDepp di media sosial.

Video-video dan gambar yang menunjukkan kedua-dua pasangan itu bergaduh, menengking sesama mereka dan kesan pukul turut dikemukakan sepanjang perbicaraan.

Heard yang berkahwin dengan Depp dari 2015 hingga 2017 telah mendapat perintah sekatan, memetik penderaan domestik yang dihadapinya.

Kedua-dua mereka berkata tuduhan penderaan dan publisiti melibatkannya telah merosakkan karier Hollywood.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles