- Iklan -
Berita

UEFA dakwa 2,800 tiket palsu dikesan, Liverpool tuntut Perancis mohon maaf

Menurut Persekutuan Bola Sepak Perancis, hampir 35,000 orang tidak bertiket atau membawa tiket palsu hadir di stadium bagi perlawanan akhir antara Liverpool dan Real Madrid.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Peminat Liverpool berdiri di luar stadium kerana tidak dapat masuk tepat waktu, menyebabkan perlawanan ditangguhkan sebelum perlawanan bola sepak akhir Liga Juara-Juara UEFA antara Liverpool dan Real Madrid di Stade de France di Saint-Denis, Paris hujung minggu lalu. Gambar : AFP
Peminat Liverpool berdiri di luar stadium kerana tidak dapat masuk tepat waktu, menyebabkan perlawanan ditangguhkan sebelum perlawanan bola sepak akhir Liga Juara-Juara UEFA antara Liverpool dan Real Madrid di Stade de France di Saint-Denis, Paris hujung minggu lalu. Gambar : AFP

Pengerusi Liverpool Tom Werner menuntut permohonan maaf atas layanan terhadap penyokong kelab itu selepas kerajaan Perancis menyalahkan penipuan tiket “besar-besaran” sebagai punca rusuhan yang menjejaskan perlawanan akhir Liga Juara-Juara di mana Liverpool menentang Real Madrid di Paris.

Menurut sumber, tuntutan tersebut timbul ketika UEFA dan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) menganggarkan bahawa 2,800 tiket palsu telah dikesan pada perlawanan akhir tersebut.

FFF kemudiannya turut mengeluarkan kenyataan semalam, mengatakan 35,000 orang tanpa tiket atau menggunakan tiket palsu hadir ke Stade de France untuk perlawanan akhir itu.

Setelah mengerahkan 1,650 kakitangan keselamatan dan tiket, 25% bilangan kehadiran peminat direkodkan lebih tinggi daripada, FFF berkata 110,000 orang telah pergi ke stadium “berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada pelbagai pengendali awam dan swasta”.

FFF membuat kesimpulan bahawa di sekitar stadium, terdapat “35,000 orang tambahan yang memiliki tiket palsu atau tanpa tiket” dan mereka telah “menyebabkan rusuhan dengan menghalang pintu masuk stadium dan menghalang beberapa pemegang tiket tulen daripada masuk sebelum perlawanan bermula pada pukul 9.00 malam”.

Kerajaan Perancis telah berdepan kritikan berhubung kawalan keselamatan ketika perlawanan berlangsung, menyaksikan ribuan penyokong Liverpool bergelut untuk memasuki Stade de France.

Rusuhan itu mengulangi kenangan pahit bagi Liverpool, sebuah kelab yang pernah dihantui insiden Hillsborough 1989 yang mengorbankan 97 nyawa ketika rusuhan berlaku di stadium.

Dalam suratnya, Werner menyifatkan perlawanan di Paris sebagai “sangat bahaya bagi semua yang hadir” dan menggesa supaya “strategi menyalahkan peminat melalui sidang akhbar” tidak dilakukan.

“Saya telah menerima e-mel yang tidak terkira banyaknya daripada penyokong Liverpool yang takut kehilangan nyawa, dan mungkin diganggu polis, selain berdepan risiko disembur lada dan gas pemedih mata,” tambahnya.