Saturday, July 2, 2022

Kes baru lepasi 1,400, 7 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.9%.

Other News

1,451 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  4,506,510 kes.

Sebanyak 2,071 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,447,682.

Ketika ini, 23,152 kes aktif direkodkan, dengan 22,160 atau 95.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 19 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 945 (4.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 28 kes dan 15 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.9%.

Tujuhlagi korban termasuk tiga kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,676 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles