- Iklan -
Berita

Hungary sahkan kes pertama cacar monyet

Kes itu melibatkan seorang lelaki berusia 38 tahun.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, yang diambil pada 1997 semasa siasatan terhadap penularan cacar monyet di Congo, menggambarkan simptom ruam pada tangan pesakit. Gambar: AFP/CDC

Hungary pada Selasa mencatatkan kes pertama cacar monyet, lapor Agensi Anadolu.

Ketua Pegawai Perubatan Hungary, Cecilia Muller, berkata kes itu melibatkan lelaki berusia 38 tahun.

Virus cacar monyet boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia serta manusia kepada manusia.

Antara tanda dan gejala jangkitan ialah ruam bermula di muka dan kemudian merebak ke tapak tangan dan kaki diikuti bahagian tubuh yang lain.

Gejala lain ialah demam, keletihan, sakit kepala, lenguh, sakit bahagian belakang badan atau sendi dan kejang otot.

Pesakit dinasihatkan untuk mengasingkan diri kira-kira dua ke empat minggu.