- Iklan -
Berita

GPS serah kepada perdana menteri keputusan berhubung PRU15

Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata perkara itu merupakan prerogatif perdana menteri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Abang Johari Openg. Gambar: Bernama
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Abang Johari Openg. Gambar: Bernama

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyerahkan soal bila Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata perkara itu merupakan prerogatif perdana menteri.

“Pilihan raya umum adalah (perkara) kebangsaan yang melibatkan Parlimen. Oleh itu, kita serahkan kepada perdana menteri (mengenai soal itu),” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Gawai Dayak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) hari ini.

Semalam, dalam temu bual bersama akhbar Nikkei di Jepun, Ismail dilaporkan berkata sekarang bukan masa sesuai mengadakan PRU15 dalam keadaan negara berdepan pelbagai isu seperti kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi tinggi.

GPS merupakan gabungan yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), dan di peringkat Parlimen, ia memiliki 18 kerusi.