Saturday, July 2, 2022

33.1% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 48.6% terima dos pertama

Dalam pada itu, 68.4% populasi dewasa telah menerima suntikan dos penggalak.

Other News

Seramai 1,176,530 atau 33.1% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,727,791 atau 48.6% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,914,167 atau 93.7% telah lengkap divaksin, manakala 3,010,754 atau 96.8% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,098,582 atau 68.4% orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,974,695 atau 97.6% telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,418 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 13,302 dos harian diberikan semalam meliputi 7,404 dos pertama, 3,810 dos kedua dan 2,088 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,939,755.

Sementara itu, Portal Github KKM melaporkan tujuh kematian akibat Covid-19 semalam dengan dua kes di Kedah dan Selangor serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles