Friday, July 1, 2022

KKM beri amaran peningkatan kes denggi dalam negara

Jangkitan denggi meningkat lebih 30% pada minggu epidemiologi ke-20 berbanding minggu sebelumnya dengan 1,420 kes direkodkan.

Other News

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham memberi amaran mengenai peningkatan kes denggi dalam negara, di mana jumlah kes demam denggi tertinggi bagi minggu epidemiologi 15-21 Mei direkodkan sebanyak 1,420, meningkat 32.2% iaitu sebanyak 346 kes.

Dalam sebuah kenyataan, beliau berkata ia merupakan jumlah kes tertinggi pernah dilaporkan sejak 2021.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 16,145 kes keseluruhan dicatatkan berbanding 10,597 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu, meningkat sebanyak 5,548 kes (52.4%) berbanding 2021.

Walaupun tiada kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu ke-20 epidemiologi, sebanyak sembilan kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding tahun ini berbanding lima kes kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2021.

“Dalam keadaan penularan jangkitan demam denggi yang tinggi ketika ini, setiap lapisan masyarakat perlu bertindak proaktif dengan memastikan persekitaran premis kediaman, tempat kerja dan sebagainya bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes,”katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles