- Iklan -
Berita

Kes baru di paras 1,300 jangkitan, 4 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.6% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.7%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelawat antarabangsa memakai pelitup muka ketika menaiki tren KLIA ke balai ketibaan selepas pintu sempadan antarabangsa dibuka semula 1 April lalu.
Pelawat antarabangsa memakai pelitup muka ketika menaiki tren KLIA ke balai ketibaan selepas pintu sempadan antarabangsa dibuka semula 1 April lalu.

1,325 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,505,059 kes.

Sebanyak 1,935 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,445,611.

Ketika ini, 23,779 kes aktif direkodkan, dengan 22,778 atau 95.8% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 15 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 954 (4%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 32 kes dan 15 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.6% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.7%.

Empat lagi korban termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,669 orang.