Saturday, July 2, 2022

Umno Melaka nafi kepimpinan negeri bakal bertukar

Pengerusi badan perhubungan Umno Melaka berkata tiada isu yang timbul berkaitan kepimpinan Umno negeri ketika ini.

Other News

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Ab Rauf Yusoh menafikan desas-desus mendakwa kepimpinan Umno negeri berkenaan bakal bertukar dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara itu berkata tiada isu yang timbul berkaitan kepimpinan Umno negeri, ketika ini.

“Tiada isu. Takde isu pun. Sehingga hari ini parti berada dalam keadaan yang terbaiklah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Badan Perhubungan Umno Melaka di rumahnya di Kampung Pulau, Masjid Tanah malam tadi.

Majlis yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam turut disertai Naib Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ab Rauf, yang juga exco kanan pelaburan, perindustrian, pembangunan usahawan dan koperasi negeri menganggap khabar angin yang timbul sebagai sebahagian daripada asam garam dunia politik.

“Saya tak anggap benda (khabar angin) tu sebagai satu ancaman kepada kedudukan Umno negeri pun. Masing-masing boleh meluahkan perasaan masing-masing,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles