Saturday, July 2, 2022

Kes harian turun ke paras 1,100 jangkitan, 5 lagi terkorban

24,393 kes aktif direkodkan dengan 95.9% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

1,155 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,503,734 kes.

Sebanyak 1,975 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,443,676.

Ketika ini, 24,393 kes aktif direkodkan, dengan 23,403 atau 95.9% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 17 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 939 (3.8%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 34 kes dan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 7.1%.

Lima lagi korban termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,665 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles