- Iklan -
Berita

Hampir 33% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 48.3% terima dos pertama

Dalam pada itu, 93.6% populasi remaja telah lengkap divaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang kanak-kanak tenang ketika menerima vaksin Covid-19 di bawah PICKids. Gambar: Reuters
Seorang kanak-kanak tenang ketika menerima vaksin Covid-19 di bawah PICKids. Gambar: Reuters

Seramai 1,166,385 atau 32.9% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,714,171 atau 48.3% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,913,093 atau 93.6% telah lengkap divaksin, manakala 3,009,604 atau 96.7% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 16,094,258 atau 68.4% orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,974,281 atau 97.6% telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,250,993 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 10,883 dos harian diberikan semalam meliputi 5,172 dos pertama, 4,709 dos kedua dan 1,002 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,908,659.

Sementara itu Portal Github KKM melaporkan lima kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua di Sarawak dan masing-masing satu di Perak, Perlis dan Selangor.