Monday, July 4, 2022

Sepanyol, Kanada, AS terus catat kes cacar monyet

Setakat ini, kes cacar monyet sudah dilaporkan di lebih 20 negara di dunia.

Other News

Jumlah kes cacar monyet di Sepanyol meningkat kepada 84 pada Khamis selepas kementerian kesihatannya melaporkan 25 lagi kes baru.

Menurut kementerian, semua yang dijangkiti mengalami “gejala ringan” dan kini menjalani kuarantin di rumah.

Majoriti kes dilaporkan di Madrid selain di Kepulauan Canary, Basque dan Andalusia, lapor Xinhua.

Sementara itu di Kanada, agensi kesihatan awam mengesahkan 10 lagi kes cacar monyet dilaporkan.

Menurut PHAC sebelum ini 16 kes telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 26 kes.

“Kemungkinan kes akan meningkat dalam beberapa hari akan datang memandangkan Makmal Mikrobiologi PHAC terus menerima sampel untuk diuji,” menurut PHAC dalam satu kenyataan.

Di Amerika Syarikat pula sembilan kes cacar monyet disahkan di tujuh negeri, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Sembilan kes itu dikesan di California, Florida, Massachusetts, New York, Utah, Virginia dan Washington.

Kes cacar monyet yang menjangkiti manusia kini sudah dilaporkan di lebih 20 negara di dunia.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles