- Iklan -
Berita

32% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 47.5% terima dos pertama

Sementara itu, 93.6% populasi remaja dilaporkan lengkap divaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kanak-kanak mandi-manda di Sungai Congkak, Selangor.
Kanak-kanak mandi-manda di Sungai Congkak, Selangor.

Seramai 1,137,100 atau 32% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 1,687,515 atau 47.5% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,911,110 atau 93.6% telah lengkap divaksin, manakala 3,007,571 atau 96.7% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 16,087,068 atau 68.4% orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,652 atau 97.6% telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,249,948 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 9,958 dos harian diberikan semalam meliputi 2,100 suntikan penggalak, 4,068 dos kedua dan 3,790 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,839,946.

Portal Github KKM melaporkan enam kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan tiga kes di Johor dan masing-masing satu kes di Sabah, Sarawak dan Putrajaya.