Friday, July 1, 2022

Thailand tingkat pengawasan pintu masuk antarabangsa elak penularan cacar monyet

Pegawai kesihatan Thailand diminta untuk mengenal pasti dan mengumpul sampel penumpang yang menunjukkan simptom bagi membendung penyakit itu. 

Other News

Thailand mempertingkatkan tahap pengawasan di semua pintu masuk antarabangsa di tengah-tengah kebimbangan global berikutan peningkatan kes cacar monyet.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam Sathit Pitutecha berkata para pegawai telah diminta untuk mengenal pasti dan mengumpul sampel penumpang yang menunjukkan simptom bagi mengawal penularan penyakit itu.

“Pegawai kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa mesti sentiasa berwaspada dan mempergiat pemantauan kemasukan individu dari negara yang terjejas wabak itu,” katanya.

Sementara itu, ThaiPBS melaporkan penumpang yang tiba dari negara yang mempunyai kes cacar monyet akan diberikan notis kesihatan dalam bentuk kod QR.

Sehingga kini, tiada kes cacar monyet dilaporkan di Thailand.

Pengarah bahagian epidemiologi Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Chakkarat Pitayawonganon berkata kementerian kesihatan awam tidak mengisytiharkan cacar monyet sebagai penyakit berjangkit berbahaya.

“Kementerian dan agensi berkaitan akan adakan pertemuan untuk menilai risiko jangkitan,” katanya.

Kementerian kesihatan awam turut menubuhkan pusat operasi kecemasan bagi memantau penularan virus itu.

Setakat ini, wabak cacar monyet telah menjejaskan negara Eropah, Afrika dan Amerika Syarikat, serta Australia dengan sekurang-kurangnya 130 kes disahkan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles