- Iklan -
Berita

Banjir kilat landa KL selepas hujan lebat

Masih banyak jalan di pusat bandar ditenggelami air namun masih boleh dilalui kenderaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa laluan di pusat bandaraya Kuala Lumpur ditenggelami air selepas hujan lebat sejak pagi tadi. Gambar: Facebook
Beberapa laluan di pusat bandaraya Kuala Lumpur ditenggelami air selepas hujan lebat sejak pagi tadi. Gambar: Facebook

Beberapa kawasan dan laluan di sekitar ibu negara dinaiki air berikutan hujan lebat lebih dua jam hari ini.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Imbi, Jalan Sultan Ismail, Bulatan Dato, Kampung Periuk dan Jalan Duta Mas.

Hujan bermula sejak awal pagi dan mulai lebat kira-kira 10 pagi.

Menurut kenyataan Polis Kuala Lumpur jalan-jalan yang turut dinaiki air akibat banjir kilat itu ialah Jalan Ampang, Jalan Kuching, Jalan Raja, Jalan Pudu dan Jalan Maharajalela, namun kesemua jalan-jalan itu boleh dilalui kenderaan ringan dan berat.

“Laluan yang sebelum ini ditutup iaitu Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Periuk, Lorong Raja Mahadi dan Jalan Ampang kini dibuka untuk semua kenderaan setelah air surut menjelang petang,” menurut kenyataan itu.