Sunday, July 3, 2022

Penceramah bebas cedera parah akibat kemalangan kini stabil

Menurut isterinya, perkembangan kesihatan Wan Ji Wan Hussin sejak kemalangan pada 14 Mei lalu di Johor masih perlahan.

Other News

Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin sedang mendapat rawatan susulan di sebuah hospital pakar swasta di Selangor dan kini berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, menurut isterinya Salmizatulakma Mohd Salleh, perkembangan kesihatan suaminya sejak kemalangan pada 14 Mei lalu di Johor masih perlahan.

Katanya, doktor melaporkan Wan Ji mengalami sedikit keretakan pada bahagian otak dan terdapat angin dikesan pada bahagian otak.

“Ustaz Wan Ji okay sahaja. Tak ada rasa sakit atau pening. Boleh jawab soalan doktor seperti biasa.

“Doktor ada maklumkan, pemerhatian pada bahu yang retak dan buang pinggang ada sedikit masalah,” katanya kepada MalaysiaNow.

Buat masa ini, Salmi memberitahu, suaminya masih boleh makan dan minum seperti biasa.

Setakat ini, katanya, doktor masih memberikan ubat tahan sakit untuk dan balutan tempat luka maish belum dibuka atas saranan doktor.

Wan Ji ditimpa kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang dari sebuah program di Kluang dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat, Johor selama beberapa hari.

Wan Ji merupakan antara nama penceramah kontroversi yang pernah terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan institusi raja.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles