Tuesday, July 5, 2022

Kes harian turun ke paras 1,800 jangkitan, 2 lagi terkorban 

Ketika ini, 26,511 kes aktif direkodkan dengan 95.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

1,817 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,491,320 kes.

Sebanyak 3,389 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,429,166.

Ketika ini, 26,511 kes aktif direkodkan, dengan 25,366 atau 96.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 18 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,087 (4.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 40 kes dan 23 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 7.2%.

Dua lagi korban termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,643 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles