- Iklan -
Berita

31.5% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 47.2% terima dos pertama

93.5% populasi remaja telah lengkap divaksin, 68.3% dewasa terima dos penggalak.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu bapa dan penjaga menunggu giliran vaksinasi bersama anak-anak mereka pada hari pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak atau PICKids bagi mereka yang berumur lima hingga 11 tahun di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur. Gambar: Bernama
Ibu bapa dan penjaga menunggu giliran vaksinasi bersama anak-anak mereka pada hari pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak atau PICKids bagi mereka yang berumur lima hingga 11 tahun di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur. Gambar: Bernama

Sebanyak 1,119,411 atau 31.5% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 1,676,457 atau 47.2% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,909,585 atau 93.5% telah lengkap divaksin, manakala 3,006,147 atau 96.6% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 16,080,331 atau 68.3% orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,972,728 atau 97.6% telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,248,752 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 13,706 dos harian telah diberikan semalam, terdiri daripada 1,264 suntikan penggalak, 7,377 dos kedua dan 5,065 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,799,796.

Portal Github KKM melaporkan dua kematian akibat Covid-19 semalam dengan masing-masing satu direkodkan di Selangor dan Kedah.