Sunday, July 3, 2022

Kes harian kekal di paras 2,000 jangkitan, 3 lagi terkorban 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 7%.

Other News

2,021 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  4,489,503 kes.

Sebanyak 3,162 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,425,777.

Ketika ini, 28,085 kes aktif direkodkan, dengan 26,980 atau 96.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 18 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,048 (3.7%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 39 kes dan 24 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 7%.

Tiga lagi korban dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,641 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles