Monday, July 4, 2022

Kes harian kekal di paras 2,000, 5 lagi terkorban

c

Other News

2,063 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  4,487,482 kes.

Sebanyak 2,618 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,422,615.

Ketika ini, 29,229 kes aktif direkodkan, dengan 28,050 atau 96% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 19 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,124 (3.8%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 36 kes dan 20 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.4% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.5%.

Lima lagi korban dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,638 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles