Monday, July 4, 2022

Kes harian lepasi 2,100 jangkitan, 3 lagi terkorban 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 6%.

Other News

2,124 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,485,419 kes.

Sebanyak 2,303 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,419,997.

Ketika ini, 29,789 kes aktif direkodkan, dengan 28,569 atau 95.9% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 20 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,165 (3.9%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 35 kes dan 22 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 6%.

Tiga lagi korban dilaporkan termasuk dua kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,633 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles