Monday, July 4, 2022

30.6% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 46.7% terima dos pertama

Sementara itu, 68.3% golongan dewasa telah menerima dos penggalak.

Other News

Sebanyak 1,085,977 atau 30.6% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman sesawang CovidNow, sebanyak 1,657,180 kanak-kanak atau 46.7% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,907,463 atau 93.4% telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,004,613 atau 96.5% daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,075,262 atau 68.3% golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,972,212 atau 97.6% telah lengkap dua dos dan 23,248,104 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 12,667 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 4,384 dos pertama, 5,188 dos kedua dan 3,095 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,737,211.

Menurut portal GitHub KKM, sejumlah tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, iaitu sebanyak dua kes direkodkan di Selangor diikuti satu kes di Melaka.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles