Monday, July 4, 2022

PM bincang isu Air Sungai Johor 1962 dengan menteri luar Singapura

Mereka berdua turut membincangkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan projek sistem transit pantas.

Other News

Isu berkaitan perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan semalam.

Perdana menteri dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan beliau menerima kunjungan Vivian di pejabatnya di Putrajaya.

“Banyak perkara dibincangkan antaranya berkaitan sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura ke-10, hubungan dua hala, pelaburan, pelancongan, rentas sempadan, dan perjanjian Air Sungai Johor 1962.

“Kami juga membincangkan mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, dan projek sistem transit pantas (RTS) aliran Johor Bahru-Singapura selain isu maritim dan ruang udara Malaysia dan Singapura,” katanya.

Beliau turut berharap hubungan dua hala Malaysia dan Singapura terus kukuh demi kemajuan bersama.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles