Monday, July 4, 2022

Permit import masih berkuat kuasa bagi beras

Kementerian pertanian dan industri makanan berkata AP masih diperlukan bagi tujuan tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara.

Other News

Kementerian pertanian dan industri makanan (Mafi) hari ini berkata permit import (AP) untuk beras masih diperlukan selepas pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam yang berkata ia dimansuhkan bagi menangani krisis makanan dalam negara.

Dalam sebuah kenyataan, Mafi berkata AP hanya dikecualikan bagi empat komoditi termasuk kubis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) dan susu cair.

“Walau bagaimanapun, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuatkuasa.”

Menurut Mafi, walaupun AP tidak lagi diperlukan untuk membawa masuk komoditi agromakanan dari luar negara, namun pengimport masih perlu mempunyai import permit (IP) bagi memastikan kawalan biosekuriti dan produk yang diimport adalah bebas daripada penyakit dan perosak serta diperoleh daripada loji yang diiktiraf oleh kerajaan.

Mafi berkata dengan pemansuhan AP bagi empat komoditi tersebut, semua syarikat dibenarkan mengimport semua komoditi agromakanan tertakluk kepada IP yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) beserta syarat-syarat yang tertulis dalam permit selaras dengan subseksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan juga akta serta peraturan lain yang berkuatkuasa.

Semalam, Ismail mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan ke­perluan AP terhadap bahan makanan berkuat kuasa serta-merta se­bagai langkah drastik menjamin keselamatan dan bekalan makanan di negara ini.

“Ini akan membolehkan semua pihak untuk mengimport sebarang bahan makanan ke negara ini,” katanya.

“Dulu ada AP daging dan lembu, mulai hari ini tidak ada lagi dan sesiapa sahaja boleh import apa sahaja bahan makanan dari negara luar untuk pastikan cukup bekalan.”

Dalam pada itu, Mafi turut memaklumkan, kebajikan pengeluar makanan tempatan juga akan terus dipelihara.

“Mafi berharap dengan keputusan kerajaan ini, bekalan makanan dan sekuriti makanan negara akan terus kekal terjamin bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Pada masa yang sama, kebajikan pengeluar makanan tempatan juga akan terus dipelihara,” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles